Kelas Hybrid





Gambar selepas selesai kelas Hybrid bagi subjek Keusahawanan



Ini adalah antara kawan-kawan semester saya kali ini, pada kelas ini kami ramai memilih secara hybrid, kelas fizikal kami di ATC Seremban. Walaupun kelas secara online, pensyarah bangga katanya energi kami selama 2 hari dari pagi sampai petang sama tak berubah, kami tetap bersemangat hehehe....😁 sebenarnya dapat pensyarah yang sporting adalah bonus membuatkan kami lebih bersemangat walaupun secara hybrid hehehe....belajar secara part-time ni seronok walaupun hebat ujiannya...belajar ketika usia telah matang dewasa ni sebenarnya lagi best tambahan pula kita sudah menceburi dunia pekerjaan, jadi apa yang diajar oleh pensyarah mudah difahami...berbanding zaman lepasan SPM dulu, serius memang susah sikit nak faham...😅 tapi cabaran belajar ketika bekerja ni memang kena mental yang kuat, sebab kalo tak kuat mudah goyang...ye la semakin bertambah semester semakin banyak dan sukarlah tugasan assigment yang diberikan...

Alhamdulilah bila dapat result hilang semua keletihan dan perit jerih...semester ni baru semester ke-3, ada lagi 3 semester untuk saya lengkapkan bagi mencapai sebuah kertas yang memberi seribu makna...insya-Allah harapan saya bukan hanya di sini, harapan saya untuk terus melangkah ke hadapan, ingin mencapai hasrat yang tertangguh sekian lama...bak kata pujangga...jika ingin berjaya, jangan sesekali kita asyik menoleh kebelakang, teruskan ke depan kerana jalan setiap orang berbeza...tiada yang mustahil jika kita berusaha... cita-cita yang tergantung suatu ketika dulu...akan ku gapai menjadi realiti...memberi sebuah senyuman yang paling bermakna buat umi tersayang...doa dia juga lah asbab semua ini terjadi insya-Allah...alhamdulilah...ni adalah result bagi kedua-dua semester yang lalu...semoga setiap semester dapat lebih dari ini, insyaAllah...doakan saya ye....😊

Keputusan Semester 1


Keputusan Semester 2
















x

Comments