Pengacara majlis
Jabatan di opis telah membuat kursus Bengkel Kewangan di salah sebuah resort yang terletak di Port Dickson baru-baru ini. Saya telah diberi tugasan menjadi pengacara majlis untuk kursus bengkel tersebut yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Pada hari pertama memang gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama....alhamdulilah pada hari seterusnya perasaan tersebut telah mulai berkurangan. Pengalaman yang baru ini insyallah akan saya ceburi lagi di lain masa. Insya-Allah saya akan cabar diri saya untuk melakukan perkara yang tak pernah saya buat selama ini...
Sesi Latih Tubi
Gambar ini ketika sesi latih tubi....sedang menjawab soalan yang telah diberikan oleh penceramah ketika itu.
Gambar kenangan bersama peserta dan para penceramah |
Comments
Post a Comment