Penanaman Anak Pokok Bakau di Tanjung Piai, Johor
Saya merupakan ahli AKRAB kementerian, kali ni AKRAB kementerian telah membuat aktiviti CSR bersama Jabatan Taman Laut Malaysia untuk membuat penanaman anak benih pokok bakau sebanyak 500 anak benih. Semua ahli akrab yang hadir dikehendaki membantu jabatan tersebut untuk menanam anak-anak benih bakau. Gambar tersebut menunjukkan cara penanaman bakau, anak bakau perlu ditanam secara menyucuk ke dalam tanah paya sedalam yang mungkin dan tidak boleh kena pada batu, kerana ia boleh menyebabkan anak benih tersebut rosak apabila air laut pasang. Pengalaman ini memang tak boleh dilupakan sebab saya ni jenis takut, lagi-lagi nak turun ke kawasan paya tersebut kena lalui batu-batuan yang besar. Masa ni orang lain dah hampir siap menanam,..saya baru nak mulakan...best tapi gerun itu ada hehehehe
Gambar ni diambil setelah semua ahli AKRAB selesai membuat penanaman dan berjaya menaiki semula ke atas...angin yang sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca yang baik dapat berada di laut hujung Malaysia dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat kami semua.
Nak pergi menanam anak pokok bakau kena naik lori pickup, seronok jangan cakap la ramai-ramai naik lori macam ni...teruja masing-masing masa ini sebab tak tahu lagi cara dan lokasi yang hendak di tuju 😁
Kami semua diberi peluang mengunjungi Taman Laut untuk ke lokasi titik penghujung negara, kena melalui kawasan hutan paya bakau
Di sinilah lokasinya hujung negara iaitu Tanjung Piai, dibelakang kami boleh kelihatan negara Singapura dan Indonesia
Ini ketika perjalanan pulang setelah selesai menanam anak pokok bakau, dengan menaiki lori pickup, nampak keseronokan dan kegembiraan remaja purba dapat naik lori pickup 😄
Gambar kenangan bersama semua rakan akrab dan kakitangan Jabatan Taman Laut







Comments
Post a Comment