Tentang Saya


Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera 

Hai, selamat datang ke blog saya.             

Nama saya Wan Ruzita binti Wan Ab Rahman, merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia dengan nombor matrik (600548). Blog ini dicipta untuk berkongsi serba sedikit tentang kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu, pekerja, pengajar dan pelajar.

Saya merupakan seorang pelajar jurusan Eksekutif Diploma Pengurusan Perniagaan semesta tiga secara separuh masa. Tugasan hakiki saya adalah sebagai penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala pada waktu malam pula, saya merupakan seorang guru di salah sebuah pusat tusyen, dan saya juga adalah seorang ibu kepada dua hero serta bidadari kepada seorang pemandu peribadi. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga.

 

 


Comments