PROJEK CSR 'PEDULI GELANDANGAN
USAHASAMA DAPUR KAUSAR
Video Projek CSR- Peduli Gelandangan

Gambar bersama pengusaha Dapur Kausar En Din (berbaju melayu) di tengah, bersama pelajar UUM dan sukarelawan di situ.

Gambar kenangan ketika selesai program CSR di hadapan presmis Dapur Kausar

Semasa aktiviti memberi makanan kepada gelandangan yang hadir
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Dapur Kausar kepada mualaf dan gelandangan di sekitar Seremban
Agihan makanan sedang berlangsung
Ini adalah projek tugasan kumpulan ketika di Semester ke-2.
Kami diberi tugasan CSR, kumpulan kami memilih untuk memberi khidmat masyarakat kepada gelandangan. Kami telah bekerjasama dengan badan sukarela yang memberi makan dan minum percuma kepada gelandangan dan mualaf sekitar Seremban. Badan sukarela ini adalah di bawah pengurusan Dapur Kausar, yang diusahakan oleh Pak Din. Usaha murni ini telah dijalankan oleh beliau bersama arwah isterinya sejak tahun 2020. Jumlah gelandangan dan mualaf yang diberi makan minum oleh beliau seramai lebih kurang 100 orang. Selain memberi makan minum, beliau juga memberi khidmat kelas ilmiah secara percuma seperti kelas agama, kelas masakan dengan kerjasama penduduk/komuniti setempat.
Penubuhan Dapur Kausar ini tidak menggunakan dana dari mana-mana badan NGO mahupun kerajaan, ia beroperasi secara persendirian, hasil sumbangan dari komuniti setempat. Lokasi dan kedudukan Dapur Kausar ini terletak di sebelah Masjid Jamek Seremban. Setiap hari Jumaat mereka menyediakan minuman percuma kepada jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Jumaat. Kehadiran kumpulan kami ke sana dapat meringankan serba sedikit tanggungan mereka. Kami bukan sahaja memberi sumbangan tenaga malah kami juga memberi sumbangan wang ringgit serta makanan kepada Dapur Kausar. Banyak maklumat yang kami perolehi daripada Dapur Kausar ini. Selain daripada maklumat kami juga dapat belajar sesuatu dari kisah setiap gelandangan yang hadir. Semoga usaha murni Pak Din diteruskan dan mendapat perhatian kepada masyarakat luar sana, dalam membantu menghulurkan bantuan seperti dana untuk beliau terus menyediakan makan minum kepada yang memerlukan.


Comments
Post a Comment