PARENTING JOURNEY by Fhais Salim
Ini adalah salah satu buku yang saya suka baca, kenapa dengan buku ini?
Tengok pada tajuknya pun dah menarik perhatian saya. Buku ni saya beli dari aplikasi media sosial yang terkenal iaitu Tiktok. Kira macam teracun juga la bila buku ni selalu fyp kat wall saya.
Okay saya cerita serba sedikit tentang buku ni, saya ni sebenarnya seorang ibu yang inginkan memberi didikan yang terbaik buat anak-anak zaman sekarang. Pada zaman sekarang cabaran sebagai ibubapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sudah berubah, tak sama dengan zaman ibubapa kita dulu. Bila buku ni lalu lalang kat fyp saya, apa lagi saya pun belilah. Bila saya baca bagus dan menarik, bukan sahaja info di dalam nya, malah grafik yang digunakan juga buat kita tak bosan membacanya.
Isi kandungan buku ni terdapat 140 bab kesemuanya dan 341 halaman. Haaaa pasti bagi anda yang tak suka membaca tu...akan cakap banyakkan..tapi sebenarnya bila kita mula baca...ia menarik kita untuk lebih tahu macam mana ilmu mendidik anak. Saya tertarik dengan satu ayat dalam buku ni "Sesungguhnya perjuangan dalam parenting ini tidak akan pernah berhenti....jadi bersediakah untuk diuji kerana hidup ini memang penuh dengan ujian" hasil coretan dari penulis Fhais Salim. Dalam buku tersebut diberi 154 tips & tricks parenting bermanfaat. Buku ini juga telah dijual sebanyak 100 ribu naskah dan ia merupakan edisi ke-2 dah. Bagi yang mencari buku sebagai panduan dalam mendidik anak di zaman mellenium yang mencabar ini, boleh la cari buku ni di laman sosial.

Comments
Post a Comment