Anak-anak kesayanganku
Inilah anak-anak saya, anugerah dari yang Maha Esa....bersyukur memiliki mereka, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Perbezaan usia mereka hanya 2 tahun, anak sulung saya bernama Che Muhammad Firdaus Hakimi berusia 14 tahun (berdiri) dan anak kedua bernama Che Muhammad Firas Zihni (duduk) berusia 12 tahun.
Saya bersyukur kerana untuk memiliki mereka bukan mudah, usia perkahwinan saya mencecah 5 tahun baru saya dan suami dikurniakan rezeki dari zuriat sendiri. Pelbagai usaha telah kami lakukan sehinggalah akhirnya berjumpa dengan seorang doktor pakar perbidanan Dr Hamid Arshat.
Mereka berdua dilahirkan secara ceaser, pengalaman mengandung dan bersalin yang sangat-sangat berbeza. Nikmat syukur yang tak dapat saya gambarkan kerana dapat melalui semua detik itu, di mana tidak semua pasangan yang berkahwin dapat memiliki zuriat sendiri.
Cabaran mendidik, membesarkan mereka memang mencabar dengan zaman yang serba canggih ini. Betul kata orang bukan mudah untuk membesarkan anak, insyallah amanah yang Allah berikan ini akan saya jaga hingga akhir nyawa saya. Semoga mereka berdua bakal menjadi imam untuk jenazah saya kelak aamiin.
Imamku, roomateku
Inilah imam saya, dia juga roomate saya hehehe roomate yang sah dan halal 😍. Beliaulah bapa kepada anak-anak saya. Alhamdulilah usia mahligai yang kami bina kini cecah 19 tahun, bohonglah kan kalau saya cakap kami tidak pernah diduga, dalam dunia perkahwinan ujian adalah mendidik kita untuk lebih mengenali pasangan kita, dan mendewasakan kita.
Pelbagai ujian dan dugaan yang pernah kami sama-sama lalui, ujian kesihatan, ujian kewangan semua kami dah lalui...semoga ujian yang akan datang dapat kami lalui dengan tenang. Perbezaan usia kami 7 tahun. Kalo nak cerita tentang perkenalan kami ni, kami ni boleh dikatakan banyak bercinta selepas kahwin.
Kami berkenalan hanya sebentar, sangat singkat, perkenalan bermula Mei 2006 dan akhirnya kami selamat diijab kabulkan pada Oktober 2006. Betullah kata orang tua bila dah jodoh tak ke mana, pertemuaan yang tak disangka berakhir di jinjang pelamin. Keserasian, jujur dan bertolak ansur adalah kunci utama dalam hubungan kami. Semoga ajal sahaja yang akan memisahkan kami....insya-Allah


Comments
Post a Comment